PENGALAMAN SAYA DENGAN SHAKLEE...

Siapa pernah mengambil Set Supplement, Set Penjagaan  Kulit, Set Penjagaan Rambut dan Set Cucian shaklee?? Sila angkat Key Board! heheh... saje je kan saya nie..

Iye.. Siapa yang dah pernah merasai produk dari shaklee mesti sangat berpuas hati... 

Contohnya saya; Ambil Set Penyusuan (ESP, Alfafa, Vit C 500mg, B complex, Vitalea & Ostematrix) ha.. 1st time amek tamak bonar.. bukan apa masa tu anak pertama so, excitednya lebih la kan.. kita nak bagi yang terbaik untuk anak susu kita 100%... So, gigihlah mencari makanan tambah yang boleh pekatkan susu, kenyangkan anak supaya dia tak bergayut lama dan nak buat stok harian kerana anak saya yang pertama sangat la kuat minum susu... bayangkan... masa umur dia 3bulan dia minum 4oz sekali minum dan sebanyak 8botol dari pagi sampai ke petang? ace kire berapakah demand yang dimintak 4oz x 8 = 32oz ! saya kene cekau(pam) tuk bagi dia hari-hari... terus laju-laju cari apakah makanan tambahan (Supplemen) yang paling terbaik untuk saya dapat tanpa perlu try and eror... 

Syukur Alhamdulillah pilihan saya tepat sekali sebab terus je jumpe supplemen shaklee ni.. tu yang sekali order amek full set semua (dalam fikiran, kalau amek trial pack saya rugi, sebab beli sikit-sikit).. Hari pertama cuba dan makan.. MasyaAllah.. menangis tengok susu... sangat berbeza sebelum dan selepas... mana tak nya.. bila pam terus dapat banyak.. macam sebelum tu selalu dapat 4 oz je sekali pam.. tapi after makan supplemen dan minum air sebanyak 3liter sehari(gigih masuk toilet) dapat pam sebanyak 8 oz.. 2 kali ganda! lagi menangis tengok susu pekat dan bile di pegang berat dan ada warna kehijauan (sbb makan alfafa).. Husband tengok pun tekejut.. Syukur sangat masa tu.. Tapi yang lagi best, dalam 1 bulan mommy amalkan tetiba ada saja yang tegur, baik adik beradik, suami, bos atau kawan kat ofis.. "Eh, lienda... Lainnya tengok muka kau, ada amek produk apa-apa ke? ", "Gebunya pipi u lienda.. Geram I tengok!" "Alin, kau ada ambik produk apa-apa ke untuk muka ko tu? nape lain berseri je aku tengok" "Geramnya tengok kulit mama, gebu semacam!"

Hahahaha.. tu lah antara dialog pertanyaan dorg.. tp yg paling kelakar saya jawab.. takde pulak amek apa-apa produk kecantikan... Last-last tanya SID yang jual shaklee kat saya.. rupa-rupanya... saya makan ESP, Vit C 500mg, Bcomplex n Vitalea... tu yang kulit badan dan muka mommy berseri n bergebu-gebuan.. yang lagi bestnye.. lingkaran gelap bawah mata tak pernah hilang.. dari kecik sampai besar... tapi selepas 4 bulan amalkan.. tekojot saya! hilang terus.. takde dah sampai sekarang.. nak tau lagi apa kesannye selain dari susu banyak dan kulit gebu? tentulah muke mommy dah tak berjerawat.. susah sangat jerawat nak tumbuh.. kalau nak tumbuh pun dia susut sendiri... kan... selain dari jerawat? ada lagiii.. yang ni agak sensetip sikit.. kalau nak tahu lebih apa yang best sangat set menyusu ni call/sms/whatApp saya ye.. (sebab agak senstip nak sebut dalam ni.. huhu..nanti saya share lebih mendalam lagi ye...) 


Ok, selain daripada set menyusu.... saya juga ada ambik zinc complex... sebab apa? sebab lepas bersalin rambut selalu gugur.. gugur bukan sikit-sikit.. sekali gugur mesti segenggam tangan... rasa dah teruk sangat dan kronik dah... tapi selepas hanya 4 hari saya makan zinc complex.. rambut dah tak gugur banyak.. kalau gugur pun... dalam 2 3 helai je gugur.. memang bersyukur sangat sebab tak payah susah-susah beli syampoo macam-macam untuk kurangkan rambut gugur... 

Ini pengalaman diri sendiri yang mengalami keberkesanan produk shaklee.. sekarang saya sendang konsisten makan collagen.. nanti akan diupdate kesan dari pengambilan collagen powder shaklee ni ye.. 

Jika mahu merasa sendiri pengalaman seperti saya alami.. boleh tanya saya lebih lanjut ye.. 

Salam sayang,

Lienda
ID : 886037
FB:  Puan Lienda Maskan

18 sebab kenapa jenama SHAKLEE berbeza dari yang lain

Kebanyakkan di antara kita mesti ada yang tau pasal SHAKLEE tak kira dari mana sumber yang uolls dapat... Yang telah mencuba mommy pasti pengguna mesti puas hati dengan hasilnya kan.. termasuk la mommy... terjatuh cinta disebabkan bukan sahaja susu untuk anak melimpah ruah.. n kulit menjadi gebu malah 1 badan mommy terasa kesannya uolls... Eh? kenapa la mommy ni kompiden sangat cakap cengginikan? 
Bukan saja2 cakap tau sebab kan dah disebut dah.. SHAKLEE ni selamat dan terbukti berkesan dan Sangat mesra alam.. sebab semua produk keluaran shaklee semua dari bahan semula jadi.. memang tiada was-was punya.. sebab apa mommy cakap cenggini.. ha.. ace uolls baca 18 sebab kenapa shaklee berbeza dari jenama lain???

18 sebab kenapa jenama Shaklee berbeza dari yang lain...
  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  2.  Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.
  3. Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University)dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals.
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18.  Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti.
Okey itu sebahagian sahaja...ada banyakkk lagi tauu..tapi baca yang atas tu je dah buat ramai teruja.... sebab itulah. mommy setia pada jenama kesihatan Shaklee kerana bagi mommy hanya jauhari yang mengenal manikam.. Pasti semua orang pun mahu yang terbaik kan untuk yang tersayang lagi2 makanan kesihatan adalah sesuatu yang kekal dalam badan.Jadi takkan nak main telan je sebarang produk.. Sekarang orang dah lihat jenama kesihatan Shaklee suatu jenama mampu milik yang patut semua orang pilih..

CARA PENGENDALIAN SUSU (EBM)


Hari ni mommy nak cerita pasal cara penyimpanan EBM... Al-maklum la.. mommy baru lepas bersalin dan skrg telah kembali aktif pam susu tuk 2nd baby nie.. So, mari kita re-fresh balik ingatan cara pengendalian EBM yang betul supaya tidak la kita main redah je kan... sebagai guideline tuk mommy jugak post nie.. 

Bagi ibu yang berkerjaya macam mommy ni... Susu ibu ni boleh diperah dan disimpan untuk diberi pada bayi masa kita ditempat kerja.. 

Pada ibu yang duduk dirumah pun sesuai jugak.. sebab mcm mommy, kalau hari bercuti... mommy memang sibuk dekat dapur.. kadang memang tak cukup tangan nak melayan anak dan buat kerja rumah.. so, bagi memudahkan kerja mommy... mommy akan gune susu yang mommy dah perah tu tuk bagi guna botol je kat baby.. so, disitu jimat sikit masa dan banyak kerja boleh dilakukan... betul tak?

TAHUKAN ANDA susu ibu mengandungi sel hidup? sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkan susu kekal segar dan tahan lama...


Istilah Penting yang Perlu ANDA tahu:

EBM : Expressed Breast Milk

Fresh EBM : Susu yang baru diperah

Chilled EBM: Susu yang sudah diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bahagian atas lapisan) dia bukan basi yer

Frozen EBM: Susu yang disimpan dalam tempat beku



Bekas penyimpanan yg sesuai 
  • bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.


Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk steril botol2, dan juga breast pump part.


Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.
  • Tarikh Perahan 
  • Waktu perahan
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)


Biasanya mommy akan simpan susu mengikut kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya yasmeen biasanya sekali minum dia akan habiskan 3oz sahaja setiap bekas ini adalah untuk mengelakkan pembaziran. Sebabnya.. susu yang telah dicairkan.. tidak boleh dibekukan.


Di mana tempat penyimpanan susu?


SUHU BILIK ?


  • Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam







FRIDGE/FREEZER ?


Peti Sejuk (1 pintu) 


bahagian beku 
[tahan 2 minggu]




Peti Sejuk (2 pintu)


- bahagian beku (pintu atas) 
suhu (-18 hingga -20 °C) 
[tahan 3 bulan]


- bahagian sejuk (pintu bawah) 
suhu (0 hingga 4 °C) 
[sebelum dibekukan tahan 3~7 hari] 
[selepas dibekukan tahan 24jam]


Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]




BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam




*susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula*


*susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*







Tips Penyimpanan Susu Perahan


Di Tempat Kerja


  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.



contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search)


Di Rumah


Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.


  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.





Ketahui bagaimanakah cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu terpelihara dgn selamat...






  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. 





  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan. 
  • KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

    Assalamualaikum Semua :)


    Mommy lately ni kalo rasa sedih mesti cara perkara yang boleh buat mommy positive balik... Mommy nak share pasal perkara yang mommy sebut kat atas.. taknak la baca sorang2 ye tak.. Cara macam mana kita nak mencari kebahagiaan... pada mommy cara ini sahaja yang kite boleh dapat perasaan bahagia abadi kalau kita istiqomah mengamalkan apa yang di tulis dalam 
    al-quran... 

    KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT 
    AL-QURAN DAN SUNNAH


    1. BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

    “Sesiapa yang beramal soleh baik lelaki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman maka kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.”
    (Surah al-Nahl 16: 97)

    Ibn ‘Abbas r.a. meriwayatkan bahawa segolongan ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qanaah (berasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibn ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu ialah kebahagiaan.

    2. BANYAK MENGINGATI ALLAH.

    Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekaligus bebas daripada rasa gelisah dan gundah-gulana. Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Surah al-Ra’d 13: 28)

    3. BERSANDAR KEPADA ALLAH.

    Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman, bermaksud : “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkannya.”
    (Surah al-Talaq 105: 3)

    4. SENTIASA MENCARI PELUANG BERBUAT BAIK.

    Berbuat baik kepada makluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

    Firman-Nya, bermaksud: “Tidak ada kebaikkan dalam kebanyakkan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan daripada orang yang menyuruh (manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu kerana mengharapkan keredhaan Allah, nescaya kelak kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (Surah al-Nisa’ 4: 114)

    5. TIDAK PANJANG ANGAN-ANGAN TENTANG MASA DEPAN DAN TIDAK MERATAPI MASA SILAM.

    Fikir tapi jang khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu kerana apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

    “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Apabila menimpa akan kamu sesuatu (daripada perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: ‘Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu.” Akan tetapi katakanlah : ‘Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” kerana sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka kepada amalan syaitan.” (Riwayat Muslim)

    6. MELIHAT “KELEBIHAN” BUKAN KEKURANGAN DIRI.

    Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah s.a.w. bersanda yang bermaksud:

    “Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) lebih mudah untuk kamu tidak melemahkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    7. JANGAN MENGHARAP UCAPAN TERIMA KASIH MANUSIA.

    Ketika melakukan sesuatu kebikkan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”

    Firman Allah: “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu hanyalah kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” (Surah al-Insan 76: 9)


    Kesimpulannya... Jika waktu ni hati kita sedang sakit, terluka, berduka lara, sedih, marah, kecewa, jika kita ditimpa ujian yg Maha hebat... sabar lah.. sabar lah.. sebab hati yang sihat sentiasa akan merasa tenang, redha dan bahagia terima ujian... Selalu bersyukur denga apa yang ada, dan bersabar dengan apa yang tiada.. kerana Allah sedang menguji.. Allah sedang menguji.. 
    Sabar lah ye... 

    Oleh itu....

     Untuk memiliki hati yang sihat, perlukan didikan dan istiqamah.... bukan sekelip mata lahirnya hati yang sihat.... lagi2 kita ni manusia biasa.. saya juga manusia biasa....Jadi jom perbaiki hati... dan memiliki hati yang kaya dan sihat..Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki



    Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 6


    Salam Sayang,


    Mommy Linda

    RE-Freshman: SEJARAH PERKEMBANGAN SHAKLEE

    Haha... hamek ko sekali da masuk blog masuk ni dah 3 entry ko buat deknon.. 

    Jangan marah ha.. nnt kene jual... almaklum.. kwn awak ni tengah bersemangat nak menaip.. bagi la chan dia menaip ye... al-kisah tadi takdok keje sangat.. so mommy pun wat la research pasal SHAKLEE nie...

    Sejak bile dia ada kat dunia nie? Produk apa mula2 yg diperkenalkan? dan yang paling penting siapa pengasasnya... 

    OK ni ikut tahun ye.. bermula dari tahun

    Tahun ditubuhkan:

    • 1915 - Dr Forrest C.Shaklee telah cipta "Vitalized Minerals" iaitu merupakan MULTIVITAMIN yang pertama di dunia -Vita-Lea-
    • 1956 - Dr. ni tubuhkan SHAKLEE Corporation yg merupakan Syarikat Jualan Langsung Pertama di Dunia.. 

    Sejarah Perkembangan SHAKLEE terhadap Alam Sekitar:

    • 1960 – Shaklee introduces Basic-H Concentrated Organic Cleaner one of the first non toxic biodegradable cleaners. (SHAKLEE memperkenalkan Basic H concentrated organic cleaner salah satu pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama) - Basic-H - 

    • 1961 – Shaklee creates one of the first soy based instant protin supplements (SHAKLEE mencipta protein segera iaitu salah satu rumusan suplemen soya yang pertama) - Esp (Energize Soy Protien)-

     1972 – Shaklee introduces one of the first biodegradable laundry detergents that contain no phosphates, nitrates, or borates (SHAKLEE memperkenalkan salah satu serbuk pencuci pakaian biodegradasi tanpa fosfat nitrat atau borat yang pertama) - Fresh Laundry Concentrate Powder -

     1977 – Shaklee listed on New York Stock Exchange (SHAKLEE disenaraikan dalam bursa saham New York)

    • 1981 – Shaklee introduces the 1st plant based sustained release delivery system for Vitamin C (SHAKLEE memperkenalkan sistem pembebasan terkawan berasaskan tumbuhan yang pertama bagi Vitamin C) -Vitamin C -

    • 1982 – Shaklee becomes a Fortune 500 company (SHAKLEE menjadi salah sebuah syarikat Fortune 500)

    • 1993 – Shaklee develops and supplies NASA with a customized rehydration beverage for the space shuttle Astronauts called Astro Aide

    • 1996 – Shaklee powered world class athelets win 8 gold medals in Atlanta Games (Shaklee membantu ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di atlanta)

     2000 – Shaklee becomes the first company in the world to be Climate Neutral certified to totally offset its greenhouse gas emissions resulting in a net zero impact on the environment (Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia yg memprolehi pensijilan climate neutral dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksia olehnya dimana ia menghasilkan impak sifar bersih pada alam persekitaran)

    • 2004 – Shaklee powered world class athletes win 15 gold medals I Athens Greece. (Shaklee membekalkan tenaga kepada atlet2 bertaraf dunia bagi memenangi 15 pingat emas di Athen,Greece)

    • 2005 – Shaklee introduces one of the first natural interferon boosting immunity formulas called Nutriferon (Shaklee memperkenalkan satu daripada formula keimunan penggalak interferon pertama yg dinamakan Nutriferon) - Nutriferon-

     2006 – US Ski Team and US Snowboarding, Shaklee powered athletes win 10 gold medals in Turin Italy (Pasukan Ski dan luncur salji US yg terdiri drp atlet2 yg dibekalkan tenaga oleh Shaklee memenangi 10 pingat di Itali)

    • 2008 – Shaklee introduces Vivix a revolutionary breakthrough in cellular anti ageing.(Shaklee memperkenalkan Vivix penemuam revolusi terbaru dlm anti penuaan sel) - Vivix-


    ..Kagum mommy bila membaca sejarah perkembangan SHAKLEE yg lahir sejak 1915 dan sehingga kini masih kukuh di persada dunia suplemen...
    SHAKLEE memperjuangkan penggunaan bahan semulajadi didalam setiap produk yang dikeluarkan... 
    Anda bagaimana?..masih ragu2 untuk memilih brand suplemen mana yg sesuai?..Apa apa pun..... Kini pilihan berada di tangan anda...SHAKLEE membawa total wellness connection yang menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat.... Jadilah pengguna yang bijak...




    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit..



    Salam Sayang,

    Mommy Linda

    KEBAIKAN SUPPLEMEN

    Fakta2 di bawah ini dapat menjawab soalan2 di atas:


    Apa itu Supplemen/pemakanan tambahan?

    1.Produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin, garam galian, asid amino, dan herba, dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini.

    2.Secara umumnya..Individu yang tidak mengambil makanan seimbang dalam diet 
    harian mereka memerlukan makanan tambahan..

    3.Antara sebab2 kenapa kita perlukan suplemen:

    -Kita sering berhadapan dgn pencemaran alam sekitar


    -bdn kita memerlukan sesetengah nutrien dgn dos yg lebih tinggi


    -buah2an atau sayur2an mungkin terjejas atau tercemar


    -mengamalkan gaya hidup tak sihat


    -gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan


    -kehilangan nutrien dlm makanan


    -kebanyakan rakyat malaysia hanya mkn mengikut selera rasa




    Salam sayang,

    mommy linda...

    RE-FRESHMAN : RESEPI MEXICAN BUN

    Lamanya menyepi blog ni... berhabuk bersawang.. syukur masih diberi nafas untuk jengah blog yg dah berhabuk ni.. banyak dugaan dan rintangan sepanjang blog ni tidak disentuh.. alhamdulillah mommy berjaya harungi dan rasanya sudah kembali normal.. 

    Tuhan sayang pada mommy sebab tu dia uji mommy kan... syukur.. mommy gembira apabila diuji sbb tau DIA selalu follow kite perhati kita..  takpe mommy sabar.. sehingga sekarang mommy masih dpt jalani kehidupan seperti sedia kala..

    Kite ni manusia ada masa turun naik.. ada masa rasa putus asa.. ada masa rasa bersemangat waja sangat.. huhu... tp bile satu tahap dah putus asa lupe terus la semangat yg datang mule2 dulu.. huhu...

    Panjang lebar la pulak mukadimah nya.. haha... papepun nak cakap ler kat sini.. mommy telah pun selamat melahirkan anak no.2... haha.. tup..tup.. kejap je dah ada yg no.2.. No.3? nanti2 la dulu bawak besabor ye.. bawak bertenang.. haha.. hidup ni kene ada perancangan ye dok??? 

    Ok lah.. sebagai re-freshman blog ni.. mommy nak kongsi resepi.. apakah? ttbe je resepi.. sebenornye mommy tak cite habis lagi yg mommy sukee sangat baking n memasak ni.. tp itu ler sejak ngndung no.2 semua takleh buat.. masak,baking,blogging malah ngadap hp! mmg teruk pregnant kali ke-2 ni punye penangan ye.. hahaha.. kan. tersasau jauh lagi ko! haih.. 

    ok lah.. kali ni mommy nak bg resepi roti bum..bumm.. namanya.. pandai je ubah ye.. roti ni ada yang panggil mamaroti,paparoti,rotiboy.. tp yg sebenornya nama nya Mexican bun... resepi2 ni mommy cari kat tenet.. tp dah mix n match kan.. atas dasar kekompident n kepahaman nak buat..

     Nak bg link blog tp mintak maap ler pada yg empunye resepi sbb mommy dah lupe kat mana.. sbbnye.. mommy ni jenis suke taip apa yg nak kat pakcik google.. then suke benor la buat rightclik > open in new tab.. suke beno buat gitu.. kadang sampai 10blog boleh bukak dlm satu masa n mentelaah 1-1 blog.. agak2 tak best reject terus.. 
    agak2 best simpan>baca>copy dekat word>print... 

    ha.. mana resepi nya.. tak bagi2 lagi ke?? eh.. sabor nak terangkan dulu.. takut owner resepi marah.. yg mommy tak bg link.. tu yg nak mintak maap bebanyak.. baru 1st time deknon ni nak up resepi kat blog sendiri kan.. len kali mommy bg link sape nye resepi k... macih.. ok.. ekceli resepi ni nak mix n match tau.. tp alhamdulillah menjadi ler puler.. 

    Tips nye...

    (1)
    pd mommy bab nak menguli adalah satu kesabaran hokey.. kalo awok tu jenis meniaga or rajin buat roti..seswai la beli bread maker tu.. kalo awok jenis jarang..jarang.. buat.. gunela bread hand-toast je ye kwn2... so, mommy dgn gagahnya menguli selama 45minit ye kwn2.. 45minit..!

     Ya Allah betapa gigih nye aku tengah2 malam buat gitu.. taktau semangat datang dari mana.. haha.. sebabnye wat gitu.. sbb nak roti awok tu gebu n lembut tau.. sbb nak buat roti ni bukan macam buat kek.. dia memerlukan kekuatan tangan tuk menguli.. kalo idak.. tak menjadi la roti awak.. tp semua tu senang je.. gune konsep tolak.. tarik.. tolak.. tarik.. (sampai si Nayli copycat gaya mommynye) haisehh... takpe lepas ni kakak tolong mommy uli roti ye... 

    (2)
    Bab masukkan filling dalam roti.. disebabkan mommy dah masuk kan dalam freezer mmg senang nak masuk dalam adunan doh yg dah dibulat2kan tu..
     tp masalahnya mommy tutup tak betul.. disebabkan itu.. kebocoran berlaku dibawah roti.. haaa.. yg ni jgn la terlalu kompiden sgt ye kwn2.. sebabnya uolls kene betul2 tutup n bulat2 kan lagi.. supaya takde kebocoran mcm yg berlaku kat bun mommy.. sbbnye mommy begitu kompiden da seal n tutup betul2.. tp berlaku juga.. tak tau ler kenapa..  takpe... next time mommy tgk betul2.. dan takkan berlaku lagi... 

    RESEPI MEXICAN BUN

    Filling
    200 gm mentega
    1/2 teaspoon vanilla essence
    70 gm brown sugar

    Topping
    100 gm mentega 
    80 gm gula icing
    1 1/2biji telur grade A- pukul sedikit 
    1 sudu besar nescafe +1 sudu besar air panas
    100 gm tepung gandum 

    Cara:
    Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

    Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan. 


    Doh Roti

    500 gm tepung berprotein tinggi (tepung roti)- diayak
    1 sudu kecil bread improver + 1 sudu kecil bread softener 
    75 gm gula kastor
    3 sudu teh yis kering
    1 sudu teh garam
    1 biji telur dipukul - guna garfu je
       * Klau xde bread softener @ improver bleh gantikan ngn shortening
    250 ml susu segar
    60 gm mentega

    1.Campurkan tepung roti, gula dan garam dengan menggunakan electric mixer (dough hook) selama 1 minit (low speed) . Masukkan yis, bread improver dan softener. 
    3. Tambahkan telur dan  susu SEGAR
    4. Mix dengan low speed selama 1 minit lagi
    5. Mix dengan medium speed selama 8 minit
    6. Masukkan butter
    7. Mix dengan medium speed selama 5 minit atau sehingga doh lembut dan tidak melekit
    8. Keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bulat anggaran 55gm.
    9. Cover doh selama 10 minit.

    Cara Penyediaan

    1. Amik sebiji doh (dr Langkah 4) & leperkan ckit. Pastu masukkn inti dia. Tutup inti @ sealkn doh td (seal betul2 tau)
    2. Susun doh yg telah dibubuh inti di atas loyang pembakar yang telah digris dengan mentega. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.
    3. Rehatkan selama 45 minit di tmpt yg berhaba. Tutup bekas dan tutup lagi dgn tuala@ kain yg bersih supaya doh dapat haba..
    4. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas roti yg telah kembang tu
    5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200'C  selama 25 minit atau bun keperangan. Letakkn loyang pd tingkat yg kedua @ tengah2

    ok.. siap! dah boleh makan dah.. ms tengah masak tu.. kemain la baunya.. satu rumah penuh.. 


    Salam sayang,

    Mommy Linda..



    Omega Guard


                                                               


    Omega Guard Shaklee, Apakah Faedahnya?

    Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…
    EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak .

    Faedah & kepentingan Omega-3:
    • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
    • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
    • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
    • Mengurangkan risiko strok
    • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
    • Merendahkan tekanan darah
    • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
    • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
    Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat.

    Mengapa Omega Guard Shaklee?
    Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.

    Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
    • Ibu hamil
    • Ibu menyusu
    • Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
    • Lelaki
    • Warga Emas
    • Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
    • Mereka yang mementingkan kehidupan sihat



    Sila baca dan Klik Disclaimer



    Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan PRODUK atau tempahan dan sila request untuk harga super speacial boleh hubungi saya di:






     gogomommyz@gmail.com atau




    SMS/Call/Whatsapp 014- 725 5505







    gogomommyz health & Beauty





    ***untuk mendapatkan harga yg super special dan package mampu milik boleh pm sy...