CARA PENGENDALIAN SUSU (EBM)


Hari ni mommy nak cerita pasal cara penyimpanan EBM... Al-maklum la.. mommy baru lepas bersalin dan skrg telah kembali aktif pam susu tuk 2nd baby nie.. So, mari kita re-fresh balik ingatan cara pengendalian EBM yang betul supaya tidak la kita main redah je kan... sebagai guideline tuk mommy jugak post nie.. 

Bagi ibu yang berkerjaya macam mommy ni... Susu ibu ni boleh diperah dan disimpan untuk diberi pada bayi masa kita ditempat kerja.. 

Pada ibu yang duduk dirumah pun sesuai jugak.. sebab mcm mommy, kalau hari bercuti... mommy memang sibuk dekat dapur.. kadang memang tak cukup tangan nak melayan anak dan buat kerja rumah.. so, bagi memudahkan kerja mommy... mommy akan gune susu yang mommy dah perah tu tuk bagi guna botol je kat baby.. so, disitu jimat sikit masa dan banyak kerja boleh dilakukan... betul tak?

TAHUKAN ANDA susu ibu mengandungi sel hidup? sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkan susu kekal segar dan tahan lama...


Istilah Penting yang Perlu ANDA tahu:

EBM : Expressed Breast Milk

Fresh EBM : Susu yang baru diperah

Chilled EBM: Susu yang sudah diperah, disejukkan di bahagian sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bahagian atas lapisan) dia bukan basi yer

Frozen EBM: Susu yang disimpan dalam tempat beku



Bekas penyimpanan yg sesuai 
  • bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.


Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk steril botol2, dan juga breast pump part.


Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.
  • Tarikh Perahan 
  • Waktu perahan
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)


Biasanya mommy akan simpan susu mengikut kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya yasmeen biasanya sekali minum dia akan habiskan 3oz sahaja setiap bekas ini adalah untuk mengelakkan pembaziran. Sebabnya.. susu yang telah dicairkan.. tidak boleh dibekukan.


Di mana tempat penyimpanan susu?


SUHU BILIK ?


  • Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam







FRIDGE/FREEZER ?


Peti Sejuk (1 pintu) 


bahagian beku 
[tahan 2 minggu]




Peti Sejuk (2 pintu)


- bahagian beku (pintu atas) 
suhu (-18 hingga -20 °C) 
[tahan 3 bulan]


- bahagian sejuk (pintu bawah) 
suhu (0 hingga 4 °C) 
[sebelum dibekukan tahan 3~7 hari] 
[selepas dibekukan tahan 24jam]


Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]




BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam




*susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula*


*susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*







Tips Penyimpanan Susu Perahan


Di Tempat Kerja


  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.



contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search)


Di Rumah


Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.


  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.


Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.





Ketahui bagaimanakah cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu terpelihara dgn selamat...






  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. 





  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan. 
  • No comments:

    Post a Comment