Alhamdulillah..
hari ni saya disahkan mengandung 2bulan anak KE-2... lambatnya nak detect kan?? hormon ECG sy malu² keluar.. disini saya nak share kan tip² ibu mengandung dari
Ustazah Siti Nor Bahiyah...
Bagi ibu
yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi
menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.
Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan
oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar.
·
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan
istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga
segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat.
·
Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau
sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau
salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan
15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan
dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh
Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi
dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia.
·
Ketika isteri sedang mengandung, suami
seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh
mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya,
basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan
faedah.
4.
Banyak berdoa.
·
Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan
anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang,
bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran.
·
Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan
semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta
kesannya.
*****
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

No comments:
Post a Comment